Ellen Page
Ellen Page

Ellen Page

Ellen Grace Philpotts-Page (lahir pada 21 Februari, 1987), dikenali secara profesional sebagai Ellen Page, merupakan seorang aktres dari Kanada. Dia memulakan karier awalnya di Kanada dengan membintangi beberapa siri televisyen seperti Pit Pony, Trailer Park Boys, dan ReGenesis. Beliau kemudiannya menceburi bidang lakonan filem perdana dan berjaya mencuri tumpuan selepas membintangi filem drama tahun 2005 Hard Candy. Untuk watak tersebut, dia berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pengkrititk Filem Austin untuk Aktres Terbaik. Dalam memegang watak utama filem Juno (2007, diarah oleh Jason Reitman), dia telah berjaya menerima pencalonan aktres terbaik untuk Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild serta memenangi anugerah-anugerah lain menerusi Anugerah Independent Spirit, Anugerah Filem MTV dan Anugerah Teen Choice untuk Aktres Terbaik dalam Komedi. Watak terkenal yang pernah dipegang oleh Page ialah Katherine "Kitty" Pryde dalam filem adaptasi komik popular Amerika Syarikat X-Men: The Last Stand(2006) dan X-Men: Days of Future Past (2014). Persembahan dia di dalam filem tersebut telah menerima pencalonan untuk Anugerah Teen Choice Movie Scene Stealer. Watak-watak lain termasuklah An American Crime (2007), The Tracey Fragments(2007, di mana Page berjaya memenangi Anugerah Filem Pengkritik Vancouver untuk pelakon wanita terbaik), Smart People(2008), Whip It(2009), Super(2010) dan Inception(2010). Dia juga merupakan pengalih suara, pelakon gerak dan model untuk karakter Jodie Holmes di dalam permainan video: Beyond: Two Souls (2013).

Ellen Page

Pekerjaan Aktres
Tahun aktif 1997–Kini
Kelahiran Ellen Philpotts-Page
(1987-02-21) 21 Februari 1987 (umur 32)
Halifax, Nova Scotia, Canada

Rujukan

WikiPedia: Ellen Page http://www.hitfix.com/articles/ellen-page-jesse-ei... http://www.huffingtonpost.com/2013/01/26/x-men-day... http://www.imdb.com/name/nm0680983/ http://movies.nytimes.com/2007/12/05/movies/05juno... http://www.nytimes.com/2008/05/04/fashion/04myanma... http://www.screendaily.com/news/rainn-wilson-ellen... http://www.starpulse.com/news/index.php/2008/12/24... http://rogerebert.suntimes.com/apps/pbcs.dll/artic... http://www.theverge.com/gaming/2012/6/7/3071315/be... http://www.variety.com/article/VR1118065853/